http://www.blogger.com/logout.g Lex Petros: Asther's On the Media!!!

Saturday, November 17, 2007

Asther's On the Media!!!


Click on the photo to go to Asther's blog

Asther Lau's making her TV debut on TV3 at 7.30pm (+8 GMT) this Sunday, 18.11.2007...so, tune in to see her underwater prowess being featured on that female oriented talk-show, 3R....

Asther's also been featured in a Dove sponsored interview (click here to see)., entitled "Meredah Lautan Biru' Aiyo! (also, check out her video on the website)...So pretty ler... He he...

However, for convenience's sake, I've decided to reproduce the interview below :

...Meredah Lautan Biru...

“Aku sentiasa dikelilingi hidupan laut. Ini kerjayaku,” kata jurulatih skuba, Asther Lau.

Setiap hari Asther Lau menyelam ke dasar lautan, dalam air jernih beralun biru dan hijau, ditemani ribuan hidupan laut dan terumbu karang. Begitulah pekerjaan gadis berusia 29 tahun ini, seorang anak jati Sarawak (dan bakal pengantin baru!).

Bagaimana kamu boleh terlibat dengan sukan skuba?

“Percaya atau tidak, dulu memang saya takutkan air dalam! Semasa saya menuntut di Hawaii, teman-teman asyik bercerita tentan sukan skuba tetapi waktu itu manalah kami ada duit? Maklumlah, student. Universiti saya menawarkan bermacam-macam kursus termasuk yang berkaitan hidupan laut dan sains marin, tetapi kursus yang saya pilih ialah komunikasi korporat! Sekembalinya saya dari Hawaii, seorang teman memperkenalkan saya kepada selaman skuba. Saya begitu berminat hinggakan sanggup bekerja di sebuah pusat skuba di Pulau Tioman. Kerana saya bekerja di situ, mereka melatih saya secara percuma, walaupun sijilnya saya bayar sendiri. Dalam masa sebulan, saya mencapai tahap divemaster. Sekarang saya mempunyai lesen dengan pertubuhan Profesional Association for Diving Instructors (PADI). Saya jalani lagi kursus di Tioman. Kali ini, kursusnya lebih mencabar dan mahal. Hampir RM8,000! Pada fikiran saya, kalau tak lepas, memang rugi. Nasib baik lepas. Selesai kursus di Tioman, saya bekerja di Pulau Redang, Kuala Lumpur, Pulau Layang-Layang, juga Bali dan Phuket. Saya rasa sungguh beruntung.”

Apa yang memuaskan hati kamu dalam kerjaya kamu?

Saya suka apabila anak murid saya bertanya banyak soalan seperti, “Itu ikan apa?” atau “Bagaimana caranya untuk menjaga taman laut?”. Itu yang menjadikan saya lebih berkobar untuk mengajar, dan menyediakan peluang bagi mereka yang berminat.

Bagaimana kamu menghadapi sebarang cabaran?

Atasi cabaran dengan pengetahuan. Kalau ada pengetahuan, tidak gentar menghadapi sebarang masalah, walau dalam sukan skuba mahu pun kehidupan seharian.

Apakah pengalaman yang paling menyeronokkan dalam bidang kerjaya ini?

Saya pernah bertembung dengan sekumpulan ikan jerung jenis hammerhead di Pulau Layang-Layang. Rasanya lebih dari seratus ekor. Setiap seekor panjangnya lebih kurang dua meter, lebih panjang dan lebih besar dari tubuh saya! Saya kagum, dan pada masa yang sama - tenang.

Apakah rancangan anda di masa hadapan?

Erhm...selain ingin menimang anak dalam masa setahun, saya juga ingin melopori bidang skuba berbentuk adventure travel. Oh, lagi satu - saya juga ingin ke Filipina untuk menyelam.

Apa itu erti ‘cantik’ pada fikiran kamu?

Kecantikan itu ada dalaman dan luaran. Bila saya rasa yakin dengan diri sendiri, ketika itulah saya merasa ‘cantik’. Begitu juga dari pandangan mata orang lain. Apabila saya tampil yakin berhadapan dengan mereka, mereka akan melayan saya dengan hormat. Itu saya anggap ‘kecantikan’.

Apakah rutin kecantikan kamu?

Sebagai seorang penyelam skuba, kulit saya sentiasa terendam air masin, berselang-seli dipancar panas terik matahari. Untuk rambut, saya menggunakan penjagaan asas syampu dan perapi. Di rumah, saya menggunakan rawatan masker rambut yang melembapkan. Apabila saya menyelam, saya sapukan krim pelindung rambut. Sekali dalam tiga atau empt bulan, saya ke salon rambut untuk medapatkan rawatan rambut. Pendandan rambut saya juga seorang penyelam skuba jadi dia tahu apa yang rambut saya perlukan. Untuk kulit wajah, saya gunakan pencuci, penyegar dan pelembap pada waktu siang dan malam. Untuk menghindarkan jerawat, saya sapukan krim yang mengandunig aloe vera. Ya, saya pernah menggunakan jenama Dove. Saya suka dengan perapi rambutnya, yang membuat rambut saya begitu lembut sekali. Saya juga sukakan baunya iaitu bersih dan tulin.


Anyway, friends of Asther, do tune in to lend her YOUR support!!!


Labels:

0 Commentsjavascript:void(0):

Post a Comment

<< Home